Tuesday 26 November 2013

Microsoft Access

1.Apa itu Pangkalan Data.

1.1 Definisi

Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik. Sistem Pemprosesan Fail Tradisional Sistem yang dilaksanakan secara manual atau tradisi. Data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas yang kemudiannya disimpan di dalam kabinet-kabinet khas. Fail yang disimpan adalah mengikut turutan abjad dan nombor rujukan supaya pencarian fail dapat dilakukan dengan sempurna.

 1.2. Pangkalan Data Himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi. Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data. SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

( sumber: ezzennrose.com/Assigment/PDF%20@%ICT/apa%20itu%pangkalan%data.pdf )

Monday 18 November 2013

Terima kasih Encik..

Pengurusan Sumber IPGKDRI Kuala Tetengganu
Hari ini 19 November 2013
Seronokkkk...nya belajar...tapi.. tidak pandai-pandai. Bila nak pandai belajar subjek Pengurusan Sumber ni. Tiga tahun telah berlalu, Jun 2014 tamatlah belajar.

Monday 1 April 2013

Bercuti Di Langkawi

Pada cuti sekolah yang lalu saya bersama keluarga bercuti ke Langkawi. Di sana banyak tempat bersejarah dan menarik telah kami lawati. Antaranya Makam Mahsuri, Dataran Helang, Padang Matsirat, dan Underwater World Akuarium. Kami juga tidak melepaskan peluang menaiki kereta kebal menyusuri gunung-gunung yang terdapat di Langkawi.

lawatan ke vietnam




Lawatan ke Vietnam sangat menyeronokkan. Banyak tempat-tempat menarik telah rombongan kami lawati. Antaranya Muzium Perang, Pameran Patung Air, dan Pasar Ben Than . Kami juga telah dibawa menyusuri sungai Mekong dengan menaiki perahu. Kami juga dihidangkan dengan minuman air kelapa muda yang begitu enak rasanya.